;
;
4:50 PM

MEMANCING (HOBI UNTUK SEMUA TARAF)

Posted by HURUHARA FISHING TEAM



Assalamualaikum... salam muhibah, salam sejahtera..


Dikesempatan ini, saya nak ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada keluarga, rakan-rakan, sahabat handai dan buat semua HH.Trooper dan keluarga serta sahabat kaki pancing, pembaca, pendengar, tukang sibuk, tukang karut, kaki mengarut :), kaki sapu, kaki cilok, kaki kutuk dan bermacam-macam kaki yang lain.. kerana atas inspirasi dari kalian semua maka terciptalah blog serba ringkas ini sebagai tanda cinta kami HH.TROOPER kepada sukan memancing...


Tujuan kami bukanlah untuk berpolitik, jauh sekali mencari publisiti murahan, yang jelas kami ingin mewarnai dunia memancing tanahair yang terlalu terpinggir dari sukan-sukan dan hobi-hobi lain yang lebih popular.
Sukan memancing merupakan satu sukan yang kotor kerana terpaksa bergelumang dengan selut dan lumpur, selekeh dengan berpakaian yang tidak terurus ketika balik memancing, dan geli kerana memegang umpan tapa dan perut ayam sebagai umpan mujarab... itu kata segelintir umat.. Saya tidak mahu menjelaskan dengan lebih lanjut kerana bimbang ada yang marah dan sakit hati.
Begitu juga setetengah pemancing elit yang berbangga dengan peralatan memancing mereka yang bernilai ribuan ringgit, manakala si pemancing biasa yang menggunakan peralatan cap ayam dan sering menjadi bahan ketawa dan sindiran sesetengah forum2 memancing tanahair...
Bagi kami di HH.TROOPER, nilai peralatan bukanlah menjadi ukuran kejayaan pancingan. Nilai peralatan adalah satu bonus, teknik yang betul dan keihklasan dalam persahabatan menjadi tunjang utama... Salam mesra warga pancing semalaysia...
CAP AYAM KE CAP RUSA KE.... YANG PENTING KITA MANCING
Adiosss..

2:20 PM

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Posted by HURUHARA FISHING TEAM

Konsep Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
KAMUS Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara, dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Konsep pemeliharaan dan pemuliharaan dalam konteks alam sekitar memperlihatkan bahawa tahun demi tahun dunia ini seolah-olah berada dalam keadaan tidak selamat. Isu pemanasan global, kempen anjuran Greenpeace, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Sahabat Alam Malaysia, Malaysia Nature Society, World Wildlife Fund, (WWF) memanggil kita supaya melakukan sesuatu. Adakah kita hanya perlu berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, atau pihak-pihak berkaitan untuk menangani isu-isu tersebut?
Pemeliharaan dan pemuliharaan ini bermula dengan kesedaran individu. Ia bermula dari rumah dengan nasihat ibu-bapa kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya menjaga alam sekitar, kebersihan, keprihatinan terhadap alam tumbuhan dan alam haiwan, dan membina masyarakat penyayang dengan memahami prinsip Rukun Negara itu sendiri. Sikap membuang sampah ke dalam sungai sehingga mencemarkan sungai perlu dikikis. Tahniah kepada kerajaan Melaka yang berjaya memulihkan kebersihan sungai Melaka. Namun, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, pasti menelan kos yang banyak. Justeru itu, alangkah elok sekali kita bermula dengan sikap penjagaan secara semula jadi dengan kesedaran dan keprihatinan kepada alam sekitar yang berterusan.
Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan hubungan kitar dalam proses kesemulajadian yang berterusan. Penggondolan bukit akan menyebabkan hilangnya tunggak bumi dan penghadang banjir. Banjir lumpur akan mengalirkan air lumpur dan apabila pohonan kayu di tepi pantai dibuang, maka tanah pantai akan terhakis. Di tahun-tahun kebelakangan ini kita menghadapi masalah kemarau yang menyebab air terpaksa dicatu. Sehubungan itu kita akan mencari sebab kerana berkurangnya kawasan tadahan hujan. Dalam masa yang sekejap, hujan lebat pasti membawa banjir kilat yang dahsyat di bandaraya Kuala Lumpur. Kerugian kewangan yang ditanggung sepatutnya boleh diguna sebagai biayai pemeliharaan dan pemuliharaan.
Kajian menunjukkan suhu di Lembah Klang yang membabitkan kawasan hutan hijau lebih rendah sebanyak lima darjah Celsius berbanding kawasan lapang tanpa pohonan kayu. Hutan hijau menjamin suasana udara nyaman yang bersih lantaran proses fotosintesis dengan pohonan hijau menyerap karbon dioksida dan memberikan oksigen yang diperlukan manusia. Kita harus menyedari persekitaran yang bersih menjamin hayat yang panjang. Ikan dalam laut yang bersih memberikan protein bermutu buat manusia dan sayuran tanpa racun vitamin atau galian yang diperlukan manusia. Apabila manusia menggunakan racun untuk menghindari serangga perosak secara berlebihan yang menanggung akibatnya adalah manusia. Apabila ikan tercemar akibat perbuatan manusia, yang menderita diserang penyakit adalah manusia juga. Jadi di sini kelalaian atau pun keserakahan manusia akan mengakibatkan kesan langsung kepada manusia. Secara keseluruhan, yang rugi adalah manusia juga.
Dengan lapisan ozon yang semakin menipis, suhu bumi menjadi suatu yang tidak dapat dijangkakan dan diramalkan meningkat kepada 4.5 darjah Celsius di hujung abad ke-21 ini. Air batu kutub utara dan kutub selatan mula cair dan ini meningkatkan paras air laut. Paras air laut dikatakan akan meningkat dari 28cm kepada 43 cm pada akhir abad ini. Peningkatannya mengakibatkan gelombang ombak ganas yang memusnahkan habitat pantai dan merosakkan kesemulajadian pantai. Pemanasan global akan terus meningkat dalam suasana yang sukar dikawal. Perdebatan tentang pemanasan global menjadi satu tajuk yang besar. Protokol Kyoto yang berkuatkuasa secara penuh pada 16 Februari 2005 bertujuan menangani permasalahan perubahan iklim. Isu pemanasan global, usaha untuk mengurangkan karbon dioksida dan gas rumah hijau yang merosakkan atmosfera, belum diakui sepenuhnya oleh kebanyakan negara.Asas pemeliharaan dan pemuliharaan perlu ditinjau dari sudut berikut:

1. Memahami persekitaran dan keperluannya.
2. Penglibatan segenap peringkat masyarakat dalam peranan pemeliharaan dan pemuliharaan
3. Membina kempen kesedaran dengan pengenalan subjek nyata berkaitan alam sekitar di peringkat rendah, menengah, universiti dan juga masyarakat dewasa.
4. Mengetat dan menguatkuasa undang-undang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam.
5. Membentuk sebuah Suruhanjaya Alam Sekitar.

Koperasi Dalam Peranan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Keprihatinan kepada masyarakat merupakan prinsip ketujuh koperasi yang secara pasti mengangkat isu pemeliharaan dan pemuliharaan ke takat paling strategik. Prinsip itu melihat dasar pembabitan gerakan koperasi yang cintakan alam sekitar. Koperasi boleh memainkan peranan dengan bergerak secara bersepadu dalam membangkitkan kesedaran perlunya penjagaan persekitaran secara betul. Di serata dunia, gerakan koperasi mempunyai keanggotaan yang mencecah 800 juta manusia, yang pasti mampu membawa suatu kesan reformatif tentang penjagaan alam sekitar. Dengan kuasa majoriti yang terdiri daripada pelbagai lapisan kemanusiaan, koperasi mampu menggembleng semangat “jaga alam sekitar” secara tekal dan membawa hasil yang konkrit. Ia berselaras dengan Matlamat Ketujuh UN Millennium Development Goals yang menggariskan tiga perkara utama iaitu:

1. Menyepadukan prinsip pembangunan mapan dalam dasar dan program setiap negara; untuk mengekang kehilangan sumber persekitaran.
2. Mengurangkan hingga ke separuh anggaran manusia yang sukar memperoleh sumber air yang selamat untuk diminum dan digunakan.
3. Meningkatkan pencapaian hidup bermakna bagi 100 juta manusia yang menghuni tempat sesak dan pengap selewat-lewatnya sehingga tahun 2020.

Kenyataan Jati Diri Koperasi yang diisytihar di Manchester pada 24 September 1995, secara jelas mengetengah isu-isu kemanusiaan dan persekitaran yang perlu dipupuk secara jujur oleh masyarakat anggota koperasi. Sekiranya kesedaran berkoperasi dihayati secara tepat dan diterjemah dalam setiap kegiatan koperasi, pastinya persoalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar berkaitan dengan alam kemanusiaan, alam tumbuhan dan alam binatang dapat ditangani dengan baik dan mudah.
Isu-isu besar persekitaran ditangani melalui kesedaran yang digiatkan oleh gerakan koperasi, dengan menggalakkan pembangunan yang mapan. Gerakan koperasi perlu menjadi suara besar dalam meluhurkan kewujudan sahsiah kemanusiaan yang sebenarnya. Nasib masyarakat orang asli, kemandirian orang Penan di Sarawak, pupusnya haiwan dalam perlindungan, pencerobohan tanah hutan dan paya yang berterusan dan anak-anak gelandangan tanpa rumah perlu diberi perhatian serius. Keprihatinan koperasi bersesuaian dengan perumpamaan, “Seorang manusia yang baik tidak akan minum air gula yang manis apabila orang di sebelahnya terketar lapar dan dahaga tanpa perlindungan”. Dunia yang baik lahir dari kemanusiaan yang baik. Kemanusiaan yang baik mencipta alam sekitar yang baik. Segalanya bermula dari kita; manusia. Manusia yang boleh bercakap dan berfikir melalui isi hati.
Pemeliharaan dan pemuliharaan bukanlah isu bersifat sementara tetapi bersifat sejagat. Ia berlaku kini dan akan terus berlaku. Jadi kita perlu sedar dan bertanggungjawab untuk pelbagai peristiwa ini. Hubungan langsung anggota koperasi dan pertubuhan koperasi dengan alam sekitar terbukti jelas kerana di mana-mana pun, kita tidak boleh lepas dari pengaruh alam sekitar, bahkan kitalah perencana baik buruknya. Jadi koperasi dan anggota koperasi serta masyarakat manusia keseluruhannya perlu mengambil peranan sebagai pembela alam sekitar yang murni. Ayuh! Marilah membela alam sekitar demi kelangsungan generasi mulia anak-anak dan cucu-cicit kita

4:13 PM

IKATAN FG

Posted by HURUHARA FISHING TEAM


3:03 PM

MISI PEMBURUAN KEPALA ULAR SECARA SOLO (SIRI 1)

Posted by HURUHARA FISHING TEAM

LOKASI : SEDILI

MASA : 10.00 PAGI
ROD : EUPRO SEA STRIKER 8-17LB
REEL : AJIKING TOURNAMENT QUEEN
LINE : BERKLEY TRILENE XL 10LB
LURE : BERKLEY POWERBAIT (POWERWORM 7')
HOOK : FIRE EAGLE 1/0
Salam.... Tarik nafas dulu, dengan bangganya....
Pada 19 Julai 2009 yang lalu, saya telah menjalankan misi secara solo untuk memburu spesis berkepala ular yang amat saya cintai..huhu.. Kebetulan, pada hari itu saya balik ke kampung bersama KDN. Setelah menghantar KDN saya ke rumah keluarga, saya pun meneruskan perjalanan untuk menduga port-port lama kat kampung.
Cuaca agak redup pagi itu. Burung-burung berkicauan dengan riang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.... Ewah..
Di lokasi yang pertama ikan kurang galak... hanya si cilik nie yang sudi menyambar SP berkley yang di karau secara twitchin..

Setelah penat mencuba di kawasan tersebut, saya bertukar lokasi. Balingan pertama yang tepat ke sasaran menghasilkan "birdnest" memang cukup disenangi dan saya hampir memotong keseluruhan tali pada reel. Setelah birdnest siap dibetulkan, saya memutar pengayuh dan terasa berat.. saya menghenjut joran beberapa kali dan terasa ada perlawanan... rupanya si gengster nie dah menyambar umpan ketika saya terkial-kial membetulkan tali yang berserabut tadi..

Reel ajiking yang terbaru ini saya uji sepenuhnya, ternyata berbaloi dan harganya pun tidaklah mahal ditambah pula dengan joran eupro yang memang tahan lasak. Mangsa yang agak kuat melawan dengan mudah saya hela ke tebing.
Ikan cukup frenzy di lokasi ini... Hampir kesemua cast pasti akan disambut dengan rakus. Sangat efektif penggunaan SP BERKLEY tetapi tidak tahan lama dan mudah putus lebih-lebih lagi untuk pancingan haruan yang bergigi tajam.
Ketika matahari semakin tinggi dan burung-burung pun dah penat berkicauan, saya menamatkan trip singkat ini.

KEPUTUSAN TRIP
8 EKOR - Bawa balik
5 EKOR CURUT - CnR